RIYADH: Menunaikan Rukun Islam kelima menjadi keinginan bagi setiap umat Islam di dunia sehingga ada yang sanggup menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki ke Mekah.
Bagi memastikan misi menjadi duyufurrahman (tetamu Allah) terlaksana, Adam Muhammad atau mesra disapa sebagai Brother Adam tekad berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain ke Mekah yang berakhir dengan suasana menggembirakan.
Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya.
Adam yang berasal dari Kurdistan berkongsi kisah suka duka perjalanan yang memakan masa hampir setahun menerusi TikToknya, @adam.to.mecca.by.foot.
Katanya, dia memulakan perjalan ke Mekah dengan berjalan kaki sejak 10 bulan dan 26 hari lalu.
Dirinya menempuh perjalanan 6,500 kilometer dan melalui sembilan negara seperti Hungary, Republik Czech, Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Kota Mekah.
“Ia satu perjalanan yang sangat mencabar, namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji ketika berusia 52 tahun.
“Jika di awalnya, perjalanan ini adalah impian menunaikan haji, namun, selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik, ia adalah sebuah ‘perjalanan ummah’ buat semua iaitu melaksanakan Rukun Islam kelima bagi yang berkemampuan,” katanya.
Menurut Adam, cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanan, selain troli barangan yang dibawa bersama untuk memasak dan menyimpan barangan beberapa kali patah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Please subscribe
Join our Telegram Channel