Afdlin Shauki dikecam pertahan kelab komedi platform hina Islam



KUALA LUMPUR : Gara-gara menggunakan teori kolam renang untuk memberi contoh terhadap insiden wanita berlawak menghina agama Islam selain menyentuh mengenai penutupan sementara kelab Comedy Crackhouse, pelawak, Afdlin Shauki dikecam oleh netizen.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan kenyataan Afdlin yang dianggap dangkal memandangkan isu menghina agama adalah sangat sensitif.

Selain itu, ramai mempertikai kenyataan Afdlin yang seolah-olah cenderung mahu kelab komedi itu masih beroperasi meski keadaan kini sedang tegang rentetan isu hangat yang sedang diperkatakan.


“Saya rasa awak silap besar guna teori kolam renang. Ambil steroid dengan platform komedi stand up di mana pesertanya bukan sahaja menghina islam, dia juga menghina seluruh kaum muslimah yang benar menutup aurat kerana Allah. 

“Ia adalah satu penghinaan buat semua muslimah! Perbuatan dia itu tidak boleh diterima, salah dari hukum syarak dan salah dalam etika negara yang majoritinya umat Islam,” komen Aisyah Nor Hayati.

“Bang, di Indonesia tempoh hari, ada kelab malam persendakan Nabi Muhammad SAW. Mereka tutup bang.  Sebab mentaliti macam abanglah orang normalisasikan mempersenda agama,” komen Atiqah Habil.

“Tolonglah bro Afdlin. Bila orang ramai buat bising pasal isu ini baru Crackhouse nak ambil tindakan. Mereka gagal halang semasa benda tu berlaku. Orang tak marah sebab perenang ambil dadah. Tetapi orang marah sebab kolam nampak perenang ambil dadah, tapi biarkan. Faham situasi bro.

“Sesuatu harus diubah di sini. Sampai bila nak biasakan lawak macam ini dan pengurusan membiarkan hal macam itu? Satu lagi, tak semak latar belakang orang dia ambil juga. Nak sokong pun, biar kena tempat. 


“Kami hormati awak sebagai seorang yang berpengaruh dalam industri seni. Jadi gunakan pengaruh awak itu dengan wajar. Bro afdlin pun ada berkaitan dengan parti politik, ayat sokong tak kena tempat ni, bahaya dan tak sesuai,” tulis Wan Wasabi.

Terdahulu, Afdli menerusi satu kenyataan di Facebook semalam meluahkan rasa tidak setuju apabila Comedy Crackhouse ditutup sementara oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, Crackhouse mengamalkan konsep open mic dan terbuka kepada amatur atau pelawak profesional yang ingin mencuba melakukan komedi di hadapan khalayak ramai selain menggunapakai teori kolam renang pada isu hangat ini.

“Sama macam atlet yang kena praktis sampai bagus. Tak akan kita tutup kolam renang pasal seorang peserta renang ambil steroid? Itu salah perenang bukan salah kolam renang,”katanya. – Utusan





Please subscribe


Please subscribe


Please subscribe


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


    Join our Telegram Channel
    Telegram