Pelawak yang juga pemilik bersama kelab komedi Crackhhouse sekali lagi dikecam
netizen apabila tular satu tangkapan layar beliau mempermainkan agama Islam.
Rizal van Geyzel telah memuat naik satu gambar resit dari Pusat Zakat Selangor
dengan meletakkan kapsyen membeli nombor ekor 4D esok hari dari empat nombor
yang tertera di resit tersebut.
Hantaran yang dibuat pada 2018 itu menjadi tular sejak berlakunya kekecohan
kes menghina agama Islam yang berlaku di kelab komedi Crackhouse miliknya.
"Dia punya jahat…sanggup dia upload resit zakat orang lain dan kata nak guna
nombor dalam resit untuk beli nombor ekor." komen
Nabeel Naqie.
Sebelum ini Rizal telah ditahan bagi membantu siasatan berkait tiga video yang
dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Peguam Rizal, Ramkarpal Singh, berkata pengasas bersama Crackhouse Comedy Club
itu akan bermalam di lokap Dang Wangi.
Rizal akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk perintah reman.
Siasatan terhadap Rizal dibuat sehari selepas seorang wanita yang mengaku
menghafal 15 juzuk al-Quran menimbulkan kontroversi semasa persembahan
komediri didakwa menghina Islam.
Wanita berusia 26 tahun itu mencetuskan kemarahan di media sosial selepas
video dia menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga terdedah pakaian di
dalamnya sambil berkata "saya bangga menjadi orang Islam".
Teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran, seorang penulis bebas, juga
didakwa memuat naik kandungan jelik di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, buka pakaian, mengaku swinger, hina Islam di kelab komedi
- Polis tahan wanita hafal 15 juzuk Al-Quran buka pakaian, mengaku swinger, buat show hina Islam
- Teman lelaki wanita hafal 15 juzul Al-Quran hina Islam ditahan
- Afdlin Shauki dikecam pertahan kelab komedi platform hina Islam
- Buat persembahan dalam Tamil sebab suka perli Melayu – Pemilik kelab komedi Crackhouse
- Crackhouse tiada lesen hiburan
- Crackhouse gesa DBKL tarik semula arahan gantung lesen
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki mengaku tidak bersalah hina Islam
- Saya tak sependapat tutup terus Crackhouse – Syamsul Yusof
- Sokong kelab komedi ditutup – Syamsul Yusof
- Pemilik Crackhouse ditahan hina Islam, Melayu
- Beli nombor ekor 4D dari resit Pusat Zakat Selangor – pemilik Crackhouse
- HINA ISLAM: Mohon 4 hari, majistret beri reman sehari pemilik Crackhouse
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki, mohon sedekah bayar ikat jamin RM40,000
- Sumbangan seluruh dunia datang mencurah-curah bantu wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki hina Islam
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran hina Islam ditahan semula sejurus selesai ikat jamin
Please subscribe
Please subscribe
Please subscribe
Join our Telegram Channel