DUA bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin antara individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bahan bukti
dalam kes rasuah membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPRM akan memanggil semua individu yang disenaraikan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang menjadi bahan bukti dalam kes tersebut.
Jelasnya, SPRM akan menjalankan siasatan terhadap semua individu dalam buku lejar itu untuk menentukan sama ada wang diterima berunsur rasuah atau tidak.
“SPRM menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah baru-baru ini.
“SPRM akan memanggil semua nama yang disebutkan di dalam lejar berkenaan. Siasatan akan menentukan sama ada pemberian atau penerimaan wang adalah berunsur rasuah ataupun tidak,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Wan Junaidi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya mengapa SPRM tidak menyiasat individu yang dikaitkan menerima wang daripada syarikat UKSB, walaupun SPRM mempunyai akses terhadap bukti itu sebelum ini.
Buku lejar itu menyenaraikan rekod wang UKSB yang keluar dan masuk, termasuk kepada beberapa individu berprofil tinggi yang disenarai menggunakan kod nama tertentu, seperti didedahkan di Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan mengenai beberapa individu yang disebut dalam buku lejar itu selain Ahmad Zahid.
Turut didedahkan menerima wang UKSB, yang dikatakan sebagai dana politik adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Shahril Hamdan.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Saksi dedah, UKSB beri wang tunai RM1.3 juta kepada Muhyiddin
- Dakwaan terima RM1.3 juta, dakwa Muhyiddin, biar dia nafi di mahkamah, bukan di media – Razlan
- Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta, Najib tanya betul ke? Tarikhnya tak kena
- Laporan polis dibuat dakwaan Muhyiddin terima RM1.3 juta
- Shahrir: Kenapa SPRM tak siasat Muhyiddin macam Rohana CEO Astro?
- SPRM siasat nama didakwa terima wang dari UKSB termasuk Muhyiddin
- Terima wang UKSB, adakah SPRM tidur? – Guan Eng
- Rasuah RM1.3 juta: Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- Terima dana UKSB: Siasat juga lantikan PH – Najib
- Dr M juga terima derma politik RM2.6 juta, kata saksi
- Terima RM2.6 juta: Boleh ke sekarang kita panggil Mahathir penyamun? – Najib
- DANA UKSB: Dr M, Muhyiddin akan dipanggil SPRM
Join our Telegram Channel