PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berkata Bersatu dan PAS membuat keputusan akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Perkara ini turut dipersetujui oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan ia boleh disahkan oleh kepimpinan PAS. Sebagai contoh di Johor, parti yang bertanding bukan Bersatu sahaja sebaliknya PAS juga,” kata pengerusi PN itu menurut laporan Bernama.
“Itu keputusan saya terima dan saya fikir keputusan itu masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dari segi agihan kerusi ia belum diputuskan lagi,” katanya.
Beliau turut mengakui ada beberapa parti yang cuba “mengetuk pintu” untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.
Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera PN Peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob yang juga menteri besar.
Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.
Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan perdana menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.
“Saya telah berjumpa dengan perdana menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.
“Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan timbalan perdana menteri dan menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DEDAH: Muhyiddin bincang dengan Anwar, Loke bentuk kerajaan baharu – Shafie
- Kerjasama Bersatu-PH: Muhyiddin didesak jujur dengan PAS
- Wan Saiful sahkan Muhyiddin bincang dengan PH
- PAS tolak khemah besar Muhyiddin – Hadi
- TERKINI: Bersatu bincang tubuh kerajaan baharu tanpa PAS
- Lebih baik PAS guna logo sendiri pada PRU15, kata mursyidul am
- #PRU15 segera, bina kerajaan stabil – Hadi Awang
- Terima cadangan #PRU15 awal, petanda PAS akan tinggal PN
- Hadi setuju PAS guna logo PN pada PRU15, kata Muhyiddin
- Tuan Ibrahim nafi Muhyiddin PAS guna logo PN #PRN15
- Pas belum putus guna logo PN #PRU15 – Nik Zawawi
- PN akan perkenal logo baru untuk #PRU15
- PAS guna logo PN #PRU15 – Hadi
- #PRU15: PAS T'ganu tolak guna logo PN, mahu guna logo 'bulan'
Join our Telegram Channel