Sejak kebelakangan ini bukan sahaja golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak yang harus berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling, tapi golongan lelaki juga patut berwaspada kerana dah banyak kes jenayah yang suspeknya menyasarkan golongan ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki kantoi mengintip di tandas lelaki sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Perai, Pulau Pinang.
Menerusi video viral yang telah dimuat naik di Facebook, jelas dilihat seorang lelaki bersanggul dan memakai uniform menceroboh masuk dan mengintip ke dalam sebuah tandas lelaki. Menurut mangsa yang diintai, lelaki tersebut telah mengetuk pintu tandas semasa dia masih berada di dalam.
Mungkin sedar perbuatan yang dilakukan itu dirakam, suspek meminta maaf kepada lelaki tersebut semasa dia memasuki tandas.
Mangsa juga sempat menendang pintu tandas kerana terlalu bengang dengan kejadian yang menimpa dirinya.
Kata lelaki beruniform itu, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan langsung terhadap lelaki itu semasa dalam tandas berkenaan.
Difahamkan lelaki tersebut terus melarikan diri dari tandas berkenaan ke sebuah stesen minyak berhampiran dengan RnR.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis buru lelaki intai jiran mandi
- Lelaki mengamuk jiran pasang CCTV untuk intai isteri
- Tular video lelaki intai lelaki di tandas RnR
- Guru wanita terkejut, menjerit diintai lelaki dalam tandas ketika sambutan perbarisan hari kebangsaan
- Lelaki Palestin ditahan intai rumah pelajar wanita
- Geng intai wanita mandi bogel sejak 30 tahun tumpas
- Lelaki bujang kantoi intai isteri jiran dari belakang bilik mandi
- Remaja lelaki kantoi intai, rakam wanita dalam tandas
Please subscribe
Join our Telegram Channel