PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan menamakan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan perdana menteri dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.
Katanya, menamakan Faizal mengisi kedudukan nombor dua itu adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai timbalan presiden Bersatu.
“Katanya Muhyiddin mahu Ahmad Faizal Azumu jadi TPM kerana dia timbalan presiden PPBM (Bersatu). Bukan Azmin Ali. Azmin mesti marah. Politik bertambah tidak stabil,” katanya dalam Facebook.
Dalam hantaran berkenaan, Puad juga mendakwa Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan sedang “bersaing” untuk mengisi jawatan menteri perusahaan perladangan dan komoditi, yang kini masih dipegang Zuraida Kamaruddin.
Pada 2 Jul, Muhyiddin berkata, beliau bertemu Ismail beberapa hari sebelum itu untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang menurutnya berkait dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan perdana menteri.
“Saya membangkitkan beberapa isu penting termasuk pelantikan kerajaan dan bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada. Pelantikan baharu perlu dipertimbangkan berdasarkan persetujuan PN dengan perdana menteri,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin jumpa PM sebab nak lantik TPM, ingat nak bincang isu rakyat
- Muhyiddin namakan Peja sebagai TPM, dakwa Puad
- Hadi nafi wujud perjanjian jawatan TPM
- Jawatan TPM: Hadi sila rujuk SU Agung PAS, kata Muhyiddin
- Jawatan TPM: Bukan janji, hanya MoA – Takiyuddin
- Lantik TPM bukan janji, hanya MoA, Hamzah minta Takiyuddin perjelas
Join our Telegram Channel