Kecoh di media sosial mengenai seorang penceramah bebas ditahan atas tuduhan
merogol remaja perempuan berusia 14 tahun sehingga menimbulkan tanda tanya
di kalangan warganet mengenai lelaki tersebut.
Terbaru, hantaran di platform Facebook milik dikenali Ezzat Tahir
telah mengundang kritikan ramai apabila kenyataan yang ditulisnya adalah
tidak berasas.
Menerusi perkongsian tersebut, Ezzat Tahir dilihat mempersoalkan tuduhan
seorang penceramah bebas dikenali Ustaz F&N merogol remaja perempuan
berusia 14 tahun berkali-kali.
Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati ramai apabila Ezzat membuat andaian
gadis tersebut sebenarnya merogol Ustaz FN kerana ia berlaku berkali-kali.
Susulan ‘kenyataan’ yang tidak berasas yang dibuat, lelaki tersebut dikritik
ramai dengan mengatakan ia tidak wajar dijadikan bahan jenaka lebih-lebih
lagi soal rogol.
Tidak berdiam diri, Ezzat dilihat membalas komen pengguna lain di mana dia
mempertikaikan punca kejadian itu berlaku sehingga menambahkan amarah ramai.
Ezzat berkata, mereka seharusnya menyatakan sama ada remaja perempuan itu
dirogol secara paksa atau dipukul dalam laporan polis dan bukannya dibiarkan
tergantung sepi sehingga menimbulkan tanda tanya.
Seriuslah orang tahfiz macam ni? Memalukan sungguh
Apa yang dikesali ramai apabila mengetahui lelaki tersebut sebenarnya
seorang pengerusi kem tahfiz.
Otak simpan dalam peti ais atau saja cari populariti? Risau pulak kalau ada anak perempuan nanti
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan kebijaksanaan lelaki itu sebelum
dan semasa menulis kenyataan tersebut di media sosial. Ramai berpendapat
kata-kata daripada seorang pengerusi tahfiz seperti ini jelas menunjukkan
betapa rosakkan pemikiran seseorang beragama.
Malah, ada yang meminta agar lelaki itu menjaga anak perempuannya (sekiranya
ada) kerana risau bakal menjadi seorang perogol pada masa akan datang.
Patutlah mangsa rogol takut nak buat laporan polis
Kenyataan yang ditulis oleh Ezzat ini membuatkan ramai warganet kecewa
sehingga ada mengatakan ia adalah satu punca mangsa rogol takut untuk
membuat laporan polis.
Harap Encik yang Bijak faham klausa bawah umur dulu
Selain itu terdapat warganet meminta ‘pengerusi kem tahfiz’ itu memhami
dengan lebih mendalam mengenai klausa bagi pertuduhan persetubuhan individu
di bawah umur.
Menurut portal OMM, posting tersebut telah pun dipadam oleh Ezzat Tahir
setelah menerima banyak cemuhan. – OhMyMedia
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penceramah popular ditahan disyaki rogol remaja 14 tahun
- “Saya berzina berkali-kali” pendedahan tergempar dari Ustaz Fathi Naim
- Penceramah bebas rogol di KL dan Perak sejak Mei tahun lepas – mangsa
- “Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz
- Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi
- Ramai follower IG saya tak tutup aurat, dapat dosa berterusan – Ustaz Fathi Naim
- Ustaz Fathi Naim didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual, seks dengan objek
Join our Telegram Channel