PETALING JAYA – Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika
bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.
Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua
pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu
wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita
tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut
yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.
“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada
mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang
pengguna.
“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,”
seloroh Shuhada.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel