PETALING JAYA: Polis menahan seorang penceramah bebas popular kerana
dipercayai terbabit kes rogol remaja perempuan berusia 14 tahun.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi Subramaniam, suspek
berusia 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada
4.50 petang semalam.
Katanya, suspek kemudian direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14
(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi
membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan,” katanya menurut Berita
Harian.
Beliau berkata, sebelum itu polis menerima laporan berhubung kejadian
berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada 11.15 malam, 16 Julai lalu.
Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga
warga tempatan sejak Mei tahun lalu.
“Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan
hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penceramah popular ditahan disyaki rogol remaja 14 tahun
- “Saya berzina berkali-kali” pendedahan tergempar dari Ustaz Fathi Naim
- Penceramah bebas rogol di KL dan Perak sejak Mei tahun lepas – mangsa
- “Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz
- Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi
- Ramai follower IG saya tak tutup aurat, dapat dosa berterusan – Ustaz Fathi Naim
- Ustaz Fathi Naim didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual, seks dengan objek
Join our Telegram Channel