Wanita yang didakwa hina Islam sewaktu buat persembahan di sebuah kelab komedi telah ditahan polis, maklum Bukit Aman.
Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan wanita itu direman tiga hari hingga 12 Julai ini.
"Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan," katanya pada kenyataan hari ini.
Semalam, Noorsiah berkata PDRM sedang menyiasat insiden itu yang tular di media sosial dan mendapat respons negatif masyarakat khususnya umat Islam.
Tanggal pakaian
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Terdahulu tular video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen yang memaparkan wanita tersebut.
Dalam video itu, wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.
Sementara itu, kelab tersebut, 'Crackhouse Comedy Club House' dalam catatan Facebooknya mengecam sekeras-kerasnya kandungan video tular itu dan telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis TTDI.
"Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja selesai persembahan," katanya.
Please subscribe
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, buka pakaian, mengaku swinger, hina Islam di kelab komedi
- Polis tahan wanita hafal 15 juzuk Al-Quran buka pakaian, mengaku swinger, buat show hina Islam
- Teman lelaki wanita hafal 15 juzul Al-Quran hina Islam ditahan
- Afdlin Shauki dikecam pertahan kelab komedi platform hina Islam
- Buat persembahan dalam Tamil sebab suka perli Melayu – Pemilik kelab komedi Crackhouse
- Crackhouse tiada lesen hiburan
- Crackhouse gesa DBKL tarik semula arahan gantung lesen
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki mengaku tidak bersalah hina Islam
- Saya tak sependapat tutup terus Crackhouse – Syamsul Yusof
- Sokong kelab komedi ditutup – Syamsul Yusof
- Pemilik Crackhouse ditahan hina Islam, Melayu
- Beli nombor ekor 4D dari resit Pusat Zakat Selangor – pemilik Crackhouse
- HINA ISLAM: Mohon 4 hari, majistret beri reman sehari pemilik Crackhouse
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki, mohon sedekah bayar ikat jamin RM40,000
- Sumbangan seluruh dunia datang mencurah-curah bantu wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki hina Islam
- Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran hina Islam ditahan semula sejurus selesai ikat jamin
Join our Telegram Channel