IPOH - Seorang penceramah bebas direman lagi selama lima hari sehingga 1 Ogos
depan berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur di Mahkamah
Majistret Ipoh, di sini, pada Khamis.
Permohonan reman dibuat bagi membolehkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an
itu disiasat membabitkan kes yang berlaku di negeri ini pada Januari lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus di Mahkamah
Majistret Ipoh, di sini.
Suspek yang bergari dan berpakaian berwarna ungu dibawa masuk ke mahkamah
berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari.
Individu tersebut sebelum ini pernah direman di Selangor selama lima hari bagi
kes sama.
Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan kes rogol
membabitkan penceramah bebas yang telah ditahan di Selangor pada 18 Julai
lalu.
Pada 19 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan, suspek ditahan bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta
Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 14 tahun telah berkenalan dengan
suspek sejak Mei tahun lalu dan daripada perkenalan tersebut, mangsa bersama
suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang
berbeza.
Setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di
Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang
sama. – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penceramah popular ditahan disyaki rogol remaja 14 tahun
- “Saya berzina berkali-kali” pendedahan tergempar dari Ustaz Fathi Naim
- Penceramah bebas rogol di KL dan Perak sejak Mei tahun lepas – mangsa
- “Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz
- Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi
- Ramai follower IG saya tak tutup aurat, dapat dosa berterusan – Ustaz Fathi Naim
- Ustaz Fathi Naim didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual, seks dengan objek
Join our Telegram Channel