Dalam video ceramah Ustaz Fathi Naim beliau mengakui melalui zaman muda yang
happy, enjoy, lepak dan kapel kerana semua orang ada masa silam.
Beliau juga akui ramai anak-anak muda yang bertanyakan soalan melalui
‘direct message’ di Instagramnya bertanyakan soalan masalah peribadi.
Antara soalan yang Ustaz Fathi Naim kongsikan adalah pertanyaan dari seorang
remaja perempuan belasan tahun.
“Ustaz, setiap kali saya keluar dengan boyfriend saya terlanjur.”
Dalam ertikata lain berzina banyak kali kata Ustaz Fathi Naim.
Yang memeranjatkan, Ustaz mendedahkan ramai anak-anak muda melontarkan soalan
sosial yang sama di direct message beliau adalah di kalangan remaja
belasan tahun yang mana mereka di luar kawalan Ibu bapa mereka.
Ustaz juga berpesan agar Ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid untuk
bersama dalam majlis-majlis ilmu agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penceramah popular ditahan disyaki rogol remaja 14 tahun
- “Saya berzina berkali-kali” pendedahan tergempar dari Ustaz Fathi Naim
- Penceramah bebas rogol di KL dan Perak sejak Mei tahun lepas – mangsa
- “Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz
- Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi
- Ramai follower IG saya tak tutup aurat, dapat dosa berterusan – Ustaz Fathi Naim
- Ustaz Fathi Naim didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual, seks dengan objek
Join our Telegram Channel