Sokong kelab komedi ditutup – Syamsul Yusof



PETALING JAYA – Pengarah filem pecah panggung, Syamsul Yusof kini menyokong sepenuhnya penutupan Crackhouse Comedy Club yang terpalit beberapa siri insiden menghina agama dan bangsa, baru-baru ini.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, keputusan tersebut dibuat selepas benar-benar memahami keadaan sebenar yang terjadi.

“Setelah jelas keadaan sebenar, dengan bukti dan fakta, saya sokong penuh kelab ini ditutup.


“Jangan kamu sesekali pernah terfikir menghina Islam. Lailahaillallah Muhammadarrasulullah,” katanya menerusi satu hantaran status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengambil pendekatan bahawa penutupan premis yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur masih boleh dibincangkan.

“Mungkin saya tidak sependapat tentang cadangan untuk menutup terus Crackhouse Comedy Club dan masih boleh dibincangkan.

“Namun, amaran keras dan undang-undang harus diperketat,” katanya.


Semalam, Syamsul hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, pelawak, Sharol Shiro, beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab berkenaan.

Sabtu lalu, tular dalam media sosial apabila seorang wanita bernama Siti Nuramira Abdullah, berusia 26 tahun tampil membuat persembahan dalam satu acara komedi di CrackHouse Comedy Club.

Dalam video berkenaan, wanita kini berdepan pendakwaan di mahkamah itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan baju kurung di atas pentas. – Kosmo





ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe

Join our Telegram Channel
Telegram