Tuan Ibrahim nafi dakwaan Muhyiddin, PAS guna logo PN #PRN15



PETALING JAYA: Keputusan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu adalah cadangan dan pandangan beberapa pihak, namun di peringkat parti keputusan berkaitan isu berkenaan masih belum dibuat.

“Tapi parti akan bincang (mengenai penggunaan logo PN). Kita guna logo PN untuk dua pilihan raya besar di Johor dan Melaka…kita guna logo PN walaupun calon PAS,” katanya menurut laporan Bernama.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, semalam, yang mengatakan Bersatu dan PAS setakat ini sudah membuat keputusan akan menggunakan logo PN pada PRU15.

Presiden Bersatu itu dilaporkan berkata, perkara berkenaan turut dipersetujui Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, perkara berkenaan akan dimuktamadkan apabila tiba masanya dan apa yang disebut Muhyiddin adalah persetujuan dicapai sebelum ini. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram