ISRAEL: Seorang penyunting berita media Israel, Channel 13, Gil Tamari mengaku
berjaya menyusup ke Mekah yang hanya boleh dikunjungi oleh umat Islam.
Tamari bahkan menyiarkan sejumlah rakaman video dirinya berada di sebuah sudut
di Kota Mekah menerusi saluran media tersebut.
Sebuah rakaman video yang disiarkan dalam Channel 13 menunjukkan Tamari sedang
membawa sebuah kenderaan di sekitar tanah suci.
Dia juga bahkan sempat berswafoto di Gunung Arafah yang merupakan lokasi Nabi
Muhammad menyampaikan khutbah terakhir dan tempat paling suci bagi umat Islam
ketika menunaikan haji.
Tindakan tersebut menerima kecaman warga Arab Saudi sehingga umat Islam dari
seluruh dunia menuntut Tamari dikenakan hukuman berat.
Sebelum ini, pihak berkuasa melarang orang bukan Islam memasuki Mekah dan
Madinah dan mereka boleh dihukum termasuk denda atau diusir keluar.
Tamari merupakan antara tiga wartawan Israel yang mendapat kebenaran memasuki
Arab Saudi.
Join our Telegram Channel