PUTRAJAYA – Sebanyak 10 buah bas membawa penyokong Datuk Seri Najib
Razak dari Pekan, Pahang ke Istana Kehakiman di sini, pagi ini.
Mereka hadir sebagai solidariti dan simpati terhadap bekas Perdana Menteri
itu.
Setiap bas yang membawa 44 orang penumpang telah bergerak dari Pekan pada
pukul 12 tengah malam tadi.
MalaysiaGazette difahamkan, kebanyakan mereka adalah ahli UMNO di kawasan
tersebut.
Menurut salah seorang penyokong yang dikenali sebagai Kak Ida, ini bukan kali
pertama mereka hadir mengikuti perbicaraan melibatkan Najib.
Namun, kehadiran hari ini paling ramai.
Katanya, mereka yang datang membawa doa supaya Najib diberi keadilan
sewajarnya oleh sistem kehakiman negara.
“Harapan kami hanya satu, biarlah beliau diberi keadilan,” katanya. – MG
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Najib lafaz sumpah lagi nafi terlibat seleweng dana SRC
- 10 bas bawa penyokong Najib dari Pekan
- Penyokong Najib penuhi Istana Kehakiman
- Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara
- Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah
- Rayuan SRC: Tengku Maimun perlu digugurkan kerana kecenderungan suaminya – Najib
- Shafee kembali untuk rayuan SRC Najib
- Shafee tak perlu datang esok jika hujah boleh selesai hari ini – Tun Maimun
- Zunar dakwa pegawai penjara sudah ada di luar Istana Kehakiman
- Kita akan selesaikan hari ini – Ketua Hakim Negara
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ bukti berat sebelah, kata Hisyam
- Tiada wardar penjara di Mahkamah Persekutuan
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Rayuan SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun
- Najib gagal rayuan akhir kes SRC
Join our Telegram Channel