Cari Jho Low ❌, Cari jhodoh ✅, Hamid Bador kini trending di medsos



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila difahamkan telah menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Majlis pernikahan Abdul Hamid, 64, yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berlangsung di rumah keluarga wanita itu secara sederhana, pada Sabtu.

Isterinya, Datin Seri Fazreena Abdul Karim dilaporkan bertugas di Muzium PDRM


Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan respons Abdul Hamid berhubung maklumat dan gambar yang tular mengenai perkahwinan tersebut.

Terdahulu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum dilaporkan berpisah.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun selepas bersara pada 3 Mei 2021 sebelum diganti dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – Awani







Join our Telegram Channel
Telegram