ANTARA KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN MUBAHALAH
1. Semua pihak seharusnya menghormati keputusan mahkamah setelah semua proses dilalui dari Mahkamah Tinggi sehinggalah Mahkamah Persekutuan.
Sekiranya pihak Dato Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak tidak berpuashati dengan proses yang telah dilalui, beliau boleh membuat permohonan untuk Semakan Kehakiman.
2. Meskipun hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas Dato Sri Najib, secara peribadi jauh di sudut hati, saya belum dapat diyakinkan bahawa Dato Sri Najib bersalah seperti yang cuba dibuktikan oleh pihak pendakwa.
Keberanian Dato Sri Najib untuk melakukan sumpah mubahalah walaupun ia bukan sebahagian dari proses perundangan, menyebabkan saya berpendirian sedemikian.
3. Jasa Dato Sri Najib semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri khususnya melakukan transformasi terhadap dasar dan amalan yang merosakkan oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak seharusnya dilupakan oleh semua rakyat.
Saya yakin sekiranya transformasi ini tidak berlaku, negara kurang berupaya untuk menghadapi Pandemik Covid19 baru-baru ini dan pulih dengan begitu pantas.
4. Selain daripada itu, apa jua pun keputusan yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas Dato Sri Najib, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam perlu terus bersatu-padu untuk membangunkan negara dan mempertahankan keharmonian.
Tidak dapat dinafikan, peranan Dato Sri Najib adalah besar untuk membuka perdamaian antara PAS dan UMNO yang telah bermusuhan begitu lama sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Najib lafaz sumpah lagi nafi terlibat seleweng dana SRC
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Rayuan SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun
- Najib gagal rayuan akhir kes SRC
- [Video] Kata-kata terakhir Najib sebelum dibaca keputusan mahkamah
- [Video] Najib dibawa ke penjara Kajang
- [Video] Najib tiba di penjara Kajang
- Najib bekas PM pertama dipenjara, Anwar bekas TPM pertama
- Najib tinggalkan nota terakhir atas meja buat keluarga
- Najib ada tempoh 14 hari fail pengampunan atau hilang status MP
- Hati saya belum yakin Najib bersalah – AJK PAS
- Jabatan Penjara respon ‘Najib dapat bilik VIP perabot IKEA’
- Tiada PRK Parlimen Pekan
- Penyokong Najib serah memo mohon pengampunan Agong
- Najib akan ke mahkamah esok
Join our Telegram Channel