Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin, Shahidan tidak muncul di mesyuarat tergempar UMNO



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak menghadiri perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua-Ketua Bahagian parti di Menara Dato' Onn, di sini, pada Isnin.

Perkara itu disahkan sumber kepada media ketika ditanya sama ada Ismail Sabri akan menyertai perjumpaan berkenaan hari ini.

"Waalaikummussalam. Tak," jawab sumber tersebut ringkas ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO itu.


Difahamkan, setakat pukul 2 petang tadi, Ismail Sabri masih berada di Putrajaya.

Begitupun, masih ada khabar angin mendakwa Perdana Menteri akan hadir pertemuan hari ini, antara pukul 3 ke 3.30 petang ini.

Difahamkan juga, Ketua Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Bahagian Ketereh, Annuar Musa; dan Ketua Bahagian Arau, Shahidan Kassim tidak akan muncul.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid juga difahamkan akan meninggalkan mesyuarat bagi menghadiri kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini. – Awani / FMT


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram