PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan pada 9.20 pagi tadi disambut dengan laungan ‘Hidup Bossku’ dan ‘Keadilan untuk Najib’.
Beliau tiba bagi menghadapi sambungan prosiding rayuan akhir kes dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Najib tiba dengan menaiki kenderaan Mercedes Benz hitam. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila beliau turun dari kenderaannya dan dikerumuni oleh penyokongnya yang hadir sejak 8 pagi tadi.
Kira-kira lebih 300 penyokong Najib hadir bagi menyambut kehadirannya di mahkamah.
Antara penyokong Najib yang hadir adalah dari Pekan dan Bentong, Pahang serta dari Bandar Tun Razak.
Amnah Habi Mat Pian, 60, yang mewakili Wanita Umno Pekan dari Chini, memaklumkan rombongan mereka menaiki lima buah bas bertolak dari Pekan sejak 12 tengah malam tadi bagi memberikan sokongan kepada Najib.
“Najib banyak berjasa kepada penduduk Pekan jadi kami mengharapkan keadilan untuk Najib,” ujar Amnah ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman.
Siti Normah Musa, 80, yang dikenali dengan panggilan Bonda dari Umno Bandar Tun Razak turut hadir bersama dengan rombongan itu bagi bersolidariti bersama ratusan penyokong Najib yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Najib lafaz sumpah lagi nafi terlibat seleweng dana SRC
- 10 bas bawa penyokong Najib dari Pekan
- Penyokong Najib penuhi Istana Kehakiman
- Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara
- Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah
- Rayuan SRC: Tengku Maimun perlu digugurkan kerana kecenderungan suaminya – Najib
- Shafee kembali untuk rayuan SRC Najib
- Shafee tak perlu datang esok jika hujah boleh selesai hari ini – Tun Maimun
- Zunar dakwa pegawai penjara sudah ada di luar Istana Kehakiman
- Kita akan selesaikan hari ini – Ketua Hakim Negara
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ bukti berat sebelah, kata Hisyam
- Tiada wardar penjara di Mahkamah Persekutuan
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Rayuan SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun
- Najib gagal rayuan akhir kes SRC
Join our Telegram Channel