Alor Setar: Seorang lelaki warga emas yang juga pemegang kad rawatan psikiatri
ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di
Aman Sentral hari ini.
Lelaki berusia 65 tahun itu ditemukan berlumuran darah di ruang legar pasar
raya itu akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri berkata,
kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi.
Beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati pengawal keselamatan pasar raya
terbabit ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat
empat bangunan itu.
“Pengawal keselamatan terbabit cuba membantu tapi tidak sempat apabila lelaki
itu terjun.
“Setakat ini siasatan awal polis menjurus kepada mati mengejut tetapi
bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat berkenaan,” katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd
Naim Asnawi.
Ahmad Shukri berkata, berdasarkan soal siasat terhadap keluarga lelaki itu
mempunyai mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan
baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin lalu.
“Dia yang tidak berkahwin dikatakan sering datang ke lokasi kejadian seorang
diri.
ARTIKEL BERKAITAN:
@cinca.news Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Aman Central 1 #AmanCentral #JatuhAmanCentral ♬ original sound - cinca.news
@cinca.news Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Aman Central 2 #AmanCentral #JatuhAmanCentral ♬ original sound - cinca.news
@cinca.news Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Aman Central 3 #AmanCentral #JatuhAmanCentral ♬ original sound - cinca.news
Join our Telegram Channel