Mahathir lupa dia punca orang Melayu berpecah – Isham



Semalam Tun Mahathir beri bayangan bahawa dia akan tubuh gagasan parti politik Melayu yang baru.

Dia kata gagasan parti politik ini adalah kononnya untuk menyatupadukan orang-orang Melayu.

Dia lupa selama ini dialah yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di Malaysia.

Dia bergaduh dengan Anwar dekat 30 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh PKR.

Dia bergaduh dengan Pak Lah dekat 15 tahun lepas lalu lemah orang Melayu dan hilang 2 per 3 kerusi di Parlimen.


Dia bergaduh dengan Najib dekat 7 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh PPBM, lantas DAP dan PH memerintah negara.

Dia bergaduh dengan Muhyiddin 2 tahun lepas lalu berpecah PPBM tertubuh Pejuang.

Dia kalah pilihanraya di Johor hilang deposit di semua kerusi lalu dia tak puas hati dan ingin tubuh gagasan parti Melayu untuk pecah lagi undi Melayu.

Tindakan Mahathir ini menguntungkan PH dan DAP sahaja. Sebab dia tahu adalah sukar untuk dia menang kerusi dalam pilihanraya oleh itu dia hanya boleh pecah undi Melayu.


Dan jika dia berjaya pecah undi Melayu, maka PH dan DAP yang akan menang dan untung. Mungkin ini rancangan sebenar dia, sebab ramai kroni-kroni dan taikun-taikun yang sokong dia juga sokong PH dan DAP.

Mahathir dan kroni-kroni dan taikun-taikun ini tidak kisah akan kesusahan rakyat atau orang-orang Melayu. Sebab itu dulu semasa dia (Mahathir) berkuasa dia kata jangan iri hati kepada orang kaya, dan bila rakyat susah dia suruh rakyat ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan.

Siapa yang undi Mahathir dan gagasan parti baru dia ini akan undi kroni, taikun dan sanggup ikat perut bila susah kerana untuk jaga orang kaya. Salam.

ISHAM JALIL
4 Ogos 2022



Join our Telegram Channel
Telegram