Najib dibawa ke penjara Kajang



Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibawa keluar dari Mahkamah Persekutuan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna hitam ke penjara di sini, hari ini.

Beliau dibawa keluar pada 5.30 petang dengan diiringi dua motosikal dan beberapa kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut kelihatan anggota polis bertugas mengawal keselamatan di luar perkarangan mahkamah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan Najib menaiki kenderaan terbabit dibawa keluar ke penjara.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu. – Hmetro



Please subscribe



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram