KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin utama Umno difahamkan sedang bertemu dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di kediamannya ketika ini.
Antara pemimpin yang difahamkan mengadakan pertemuan dengan Ismail ialah Timbalan Presiden Mohamad Hasan, Naib Presiden Khaled Nordin, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Zambry Zambry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub.
Bagaimanapun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dilaporkan tidak menghadiri pertemuan bersama Ismail di kediamannya dan difahamkan berada di Menara Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut sumber, pertemuan itu dibuat selepas pemimpin Umno mengadakan mesyuarat tergempar dengan ketua bahagian Umno yang difahamkan dihadiri hampir 80 orang secara bersemuka.
Terdahulu, selepas mesyuarat membabitkan ketua bahagian Umno itu petang tadi, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos mendakwa seramai 158 ketua bahagian Umno yang menyertai mesyuarat tergempar mendesak pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”.
Katanya, suara itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat.
“Keputusan kita dapat, mahukan pilihan raya diadakan kadar paling segera,” katanya kepada media selepas hadir mesyuarat ketua bahagian Umno di Menara Dato Onn.
Difahamkan, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Zahid itu tidak dihadiri Ismail dan Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno menang besar jika #PRU15 segera diadakan, kata Dr M
- Zahid gesa segerakan #PRU15 selepas komen Dr M UMNO bakal menang besar
- ‘Bubar Parlimen tergesa-gesa ibarat bunuh diri’
- #PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah
- Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
- Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang #PRU15 diadakan – Zahid
- Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin, Shahidan tidak muncul di mesyuarat tergempar UMNO
- 158 Ketua UMNO Bahagian desak #PRU15 segera
- #PRU15: Kena ‘tengok’ ekonomi, isu dalam negara dulu, kata Ismail
- Zahid dan saya tak ada isu, biar mahkamah tentukan kes, kata PM
- Pemimpin tertinggi UMNO dilihat masuki kediaman rasmi PM
- PM tinggalkan Seri Perdana selepas bertemu pemimpin Umno
- Zahid, Najib, pemimpin bahagian, selesai mesyuarat di PWTC, PM temui pimpinan utama lain di Seri Perdana
Join our Telegram Channel