#PRU15: PN menang Muhyiddin PM



SERDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sewaktu Konvensyen PN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hari ini.

Justeru katanya, gabungan parti dalam PN perlu menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan persekutuan.


“Dengan kekuatan sedia ada termasuk menteri kanan, menteri Kabinet, kita perlu gunakan sumber sedia ada untuk turun padang dapat sokongan.

“Kita akan ambil alih kerajaan Persekutuan dan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya.

Menurut Dominic Lau, semua komponen PN perlu mendapat sokongan dan undi daripada setiap lapisan masyarakat sekiranya ingin meraih dalam PRU15. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram