Nama penyanyi, Ifa Raziah menjadi perhatian ramai selepas dikatakan bergelek
sakan di satu majlis akikah yang diadakan baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Ifa Raziah dilihat memuatnaik komen
‘tuan majlis’, Addy Kana yang menitipkan ucapan terima kasih kepada penyanyi
dan pengacara yang sudi hadir memeriahkan majlis akikah anaknya, Aeyden
Mateen.
“Tqtq kak @ifa_raziah. Memeriahkan majlis saya. Mereka tak akan faham atur cara majlis. Yang pasti semasa majlis aqiqah semua dalam keadaan tertib dan hormat.Susah nak terangkan pada netizen yang mindset ahli syurga ni. Bagus nak tegur tapi bila orang terangkan situasi sebenar mereka tukar point off view yang lain dan salahkan kita konon semua kita tak betul. Hak masing dan majlis dan atur cara kita yang aturkan. Semua nak tunjuk suci.”-Tulis Addy Kana
Ifa Raziah menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dirinya sudah
tidak kisah akan pendapat orang lain sama ada menyukai atau membencikan
dirinya.
“Akan sampai satu point. IT DOESN’T MATTER ANYMORE. Uols suka i ke. Tak suka i ke..Ada aku kisah?? Nak suka alhamdulillah. Tak suka pun takde hal lah. Tak semua orang suka kita. Dan kita pun tak perlu suka semua orang!!”-Tulis Ifa Raziah
Murai MY sebelum ini melaporkan mengenai Ifa Raziah yang menyatakan bahawa dia
dibayar untuk bergelek sakan dan bukannya secara percuma. Malah dia juga
menyatakan bahawa dia bukanlah seorang perempuan murahan dan dia mempunyai
maruah dan harga kerana masih lagi ada permintaan terhadap dirinya. – Murai
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel