PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan menegaskan tidak akan ada penangguhan kes hari ini.
Ia ekoran permohonan oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang kembali untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembelaan Najib pagi ini.
Kata Muhammad Shafee, beliau agak sibuk hari ini dengan urusan berkaitan sebuah simposium dan akan hadir esok untuk berhujah untuk anak guamnya bagi membuat permohonan menggugurkan Tun Maimun daripada terus mendengar rayuan akhir itu.
Bagaimanapun dengan nada tegas, Tun Maimun membuat ketetapan hujahan bermula hari ini dan tidak akan ada apa-apa penangguhan.
“Jika hujah telah selesai hari ini, mengapa pula anda datang esok pagi?” soalnya selepas Muhammad Shafee berkata, beliau datang hari ini untuk memberitahu mahkamah yang dirinya bersedia untuk membuat hujahan esok.
“Jadi anda hanya hadir untuk minta penangguhan? Tidak perlu tangguh apa-apa. Saya minta Haji Hisyam untuk terus berhujah, tiada penangguhan,” tegasnya.
Tidak berputus asa, Muhammad Shafee bertanya sama ada beliau boleh datang esok untuk menyambung hujah membela Najib dan Tengku Maimun berkata; “Itu terpulang kepada kamu tetapi semua akan selesai hari ini. Tidak ada sebab untuk Muhammad Shafee hadir esok malah sudah tidak ada keperluan untuk sesiapapun hadir prosiding esok.”
Prosiding bersambung ketika ini.
Terdahulu mahkamah ditangguhkan selepas Najib membuat permohonan supaya Tun Maimun menarik diri daripada terus mendengar kes rayuannya. – MG
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Najib lafaz sumpah lagi nafi terlibat seleweng dana SRC
- 10 bas bawa penyokong Najib dari Pekan
- Penyokong Najib penuhi Istana Kehakiman
- Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara
- Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah
- Rayuan SRC: Tengku Maimun perlu digugurkan kerana kecenderungan suaminya – Najib
- Shafee kembali untuk rayuan SRC Najib
- Shafee tak perlu datang esok jika hujah boleh selesai hari ini – Tun Maimun
- Zunar dakwa pegawai penjara sudah ada di luar Istana Kehakiman
- Kita akan selesaikan hari ini – Ketua Hakim Negara
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ bukti berat sebelah, kata Hisyam
- Tiada wardar penjara di Mahkamah Persekutuan
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Rayuan SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun
- Najib gagal rayuan akhir kes SRC
- [Video] Kata-kata terakhir Najib sebelum dibaca keputusan mahkamah
- Najib dibawa ke Penjara Sg Buloh bagi jalani hukuman
Join our Telegram Channel