Pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat perdana menteri harus
melantik orang dia untuk mudahkan segala urusan, kata Ahli Parlimen Pengerang
Azalina Othman.
Berucap di Taklimat Khas Presiden Umno hari ini, Azalina berkata bahawa
sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada orang dia
untuk memudahkan urusan.
"Pelantikan peguam negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik orang
dia sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.
"Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah
ia adalah bidang kuasa PM.
"Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh," katanya
dengan sorakan kuat daripada para hadirin.
Walaupun, Azalina tidak menyebut nama, para hadirin menjerit 'Ismail Sabri
perlu tukar AG'.
Taklimat khas hari ini adalah solidariti kepada bekas perdana menteri Najib
Abdul Razak yang kini di penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah
Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun dalam Kes
SRC International Bhd.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menuduh Ismail Sabri sebagai tidak
bersungguh-sungguh dalam kes Najib. – Mkini
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- PM tak hadir taklimat khas presiden Umno
- Takkan nak tukar peguam negara pun tak boleh - Azalina
- Zahid: Saya, Najib tidak pernah minta PM gugurkan kes
- Saya tak nak cakap banyak, nanti kita ramai-ramai kena tangkap – Azalina
- Desakan bubar Parlimen dibawa ke mesyuarat MKT Umno malam ini
- Tular dikatakan PM datang mesyuarat MKT UMNO diiringi kereta perisai
- Apa pilihan Pak Mail jika UMNO putus memecatnya?
- Tiada kenyataan media selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini – Ahmad Maslan
- Sah! Azalina letak jawatan Penasihat Khas PM
Join our Telegram Channel