Putrajaya: Gambar wardar penjara yang tular konon berada di luar perkarangan Mahkamah Persekutuan, di sini, didapati palsu.
Jurucakap Jabatan Penjara ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menghantar wakil ke mahkamah terbabit, hari ini.
"Itu gambar palsu dan bukan daripada Jabatan Penjara.
"Kebiasaannya prosedur pesalah yang dijatuhkan hukuman, pihak polis yang akan menghantar mereka ke penjara," katanya.
Terdahulu, kartunis Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar UlHaque membuat ciapan dengan menulis "sementara itu pegawai penjara kelihatan di luar mahkamah".
Beliau turut menyertakan gambar pegawai penjara menunggu di luar mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Najib lafaz sumpah lagi nafi terlibat seleweng dana SRC
- 10 bas bawa penyokong Najib dari Pekan
- Penyokong Najib penuhi Istana Kehakiman
- Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara
- Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah
- Rayuan SRC: Tengku Maimun perlu digugurkan kerana kecenderungan suaminya – Najib
- Shafee kembali untuk rayuan SRC Najib
- Shafee tak perlu datang esok jika hujah boleh selesai hari ini – Tun Maimun
- Zunar dakwa pegawai penjara sudah ada di luar Istana Kehakiman
- Kita akan selesaikan hari ini – Ketua Hakim Negara
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ bukti berat sebelah, kata Hisyam
- Tiada wardar penjara di Mahkamah Persekutuan
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Rayuan SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun
- Najib gagal rayuan akhir kes SRC
Join our Telegram Channel