Tidak mengapa jika tiada siapa yang menghargai – Najib



22 Ogos

Pada ketika mesej saya ini disiarkan, nasib saya sudah pun ditentukan.

Saya mungkin tidak ada peluang lagi meluahkan isi hati kepada semua.

Mungkin ini sahaja yang dapat saya tinggalkan.

Satu perjalanan yang amat sukar buat saya dan keluarga beberapa tahun ini, dan lebih mencabar pada masa akan datang.

Saya hanya mohon doakan segala urusan dipermudahkan.


Dunia politik ini ada yang kata licik dengan penganiayaan, kejam, bermusuhan, keikhlasan dibalas pengkhianatan dan penghinaan.

Saya sendiri telah melihat dan mengalami kesemua ini sehingga kini.

Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan di dunia buat saya.

Saya mula aktif dalam dunia politik dan perkhidmatan awam pada tahun 1976. Ke hari ini, 46 tahun lamanya.

Memimpin Malaysia hampir 10 tahun.

Ada yang kata naik tidak memijak lawan, jatuh tidak mengheret kawan.

I guess in politics, you should never be a gentleman. But that's my personality, how can I be someone I am not?


Sepanjang masa ini saya hanya mahu berikan usaha terbaik saya.

All I wanted to do was give my best and do what I could.

Menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan pemimpin lama kepada saya.

Mengharungi beberapa krisis kewangan.

Menggandakan saiz ekonomi kita dari RM700 bilion ke RM1.4 trilion.

Membina aset negara dengan peningkatan nilai aset Khazanah ke tahap RM116 bilion dari RM33 bilion.

Hampir 4 kali ganda.

Mengukuhkan aset Tabung Haji dari RM21 bilion ke RM74 bilion.

Lebih 3 kali ganda.

Membawa aset KWSP dari RM300 bilion ke RM800 bilion.

Hampir 3 kali ganda.

Memastikan rizab Petronas meningkat dari RM30 bilion kepada RM176 bilion.

Hampir 6 kali ganda.


Menaikkan jumlah kekayaan negara dari RM800 bilion ke lebih RM2 trilion.

Memberikan hibah dan dividen tertinggi buat pencarum KWSP, Tabung Haji dan ASB secara konsisten sepanjang tempoh saya PM.

Dengan adil dan saksama, menyediakan bantuan kebajikan dengan pemberian tunai langsung dan meningkatkan kadarnya, meluaskan kelayakan tahun demi tahun.

Membantu perkhidmatan awam dengan kemudahan, kenaikan, pendapatan, dan ganjaran setiap tahun.

Mendahulukan rakyat dengan Klinik 1Malaysia, UTC, perumahan rakyat, kuota Haji, SL1M.

Dari nelayan ke pekebun kecil, keluarga berpendapatan rendah ke bujang, anak-anak bersekolah, pelajar-pelajar IPT dan TVET, anak muda yang impikan rumah mampu milik, kepada keperluan pengangkutan awam dan pemodenan infrastruktur.

Sama ada lebuhraya tanpa tol atau perkhidmatan keretapi moden menghubungkan seluruh Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Tidak pernah meninggalkan rakyat.

I was only interested in doing my job, giving my best.

Malah membela kelangsungan hidup rakyat pada masa terdesak dan amat memerlukan dengan penyediaan Skim Insurans Pekerjaan, dan berjuang mendapatkan pengeluaran KWSP i-sinar, i-Lestari, i-Citra.

Tidak pernah meninggalkan rakyat.

Tidak mengapa jika tiada yang menghargai.

It is ok if no one appreciates these.

Such is life after all.


Saya ikhlas memimpin Malaysia.

I gave my best, I tried my best.

Tidak mengapa jika tiada yang menghargai.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Hanya Allah SWT yang memahami pengorbanan saya sepanjang perjalanan ini.

Memikul bahtera UMNO dan Barisan Nasional, berjuta-juta ahlinya, mengurus parti dan menampung keperluan.

Dari pusat ke bahagian ke cawangan dan ke akar umbi, yang akhirnya ke tangan rakyat, meringankan beban yang ada.

Merakyatkan kerajaan dan memberikan segala yang ada kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Ke pengorbanan peribadi saya - masa dan keluarga, dari fajar subuh hingga ke senja mentari.

Kini berhadapan dengan dugaan yang berat menguji saya dan keluarga.

Saya hadapi.

Mungkin ..... inilah harga pengorbanannya.

– Najib Razak



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram