USAHAWAN kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri melabelkan dirinya sebagai
penyanyi nombor satu negara memandangkan setiap lagu yang pernah dikeluarkan
berjaya mendapat kedudukan nombor satu dalam carta trending di YouTube.
Aliff berkata, meskipun sering menjadi sasaran kebencian dan kecaman netizen,
namun angka di YouTube tidak dapat ditipu malah lagu terbaharunya Baby Sayang
trending dalam tempoh beberapa jam ia dilancarkan.
"Semua lagu saya trending di YouTube. Semuanya nombor satu tanpa saya perlu
bayar kepada pihak YouTube. Sebab itu saya berani kata saya penyanyi nombor
satu.
"Kalau ada yang kata saya buat marketing, lihat sendiri video muzik
saya. Tidak ada satu pun saya buat product placement di situ," katanya
kepada mStar.
Aliff ditemui dalam satu sesi bersama media yang berlangsung di Kota Damansara
pada petang Khamis.
Minggu lalu, Aliff menerima kecaman hebat netizen selepas dia memuat naik
video teaser lagu tersebut yang memperlihatkan aksi gelek bersama
penyanyi Baby Shima.
Terkesan dengan semua kritikan, Aliff kemudiannya membuat keputusan untuk
mengundurkan diri daripada menggunakan media sosial dan bertindak memadam
semua perkongsian di Instagram.
Bagaimanapun seperti dijangka, Aliff kembali aktif di media sosial selepas
empat hari 'bersara' bagi mempromosikan lagu tersebut dengan memuat naik video
teaser dia menari dengan sebatang mop.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan tujuan dia tampil dengan lagu Baby Sayang
bukan untuk mencipta kontroversi tetapi sekadar hobi dan menggembirakan hati
peminat.
Tidak hanya itu, Aliff berkata dia turut yakin dengan bakat nyanyiannya malah
mendedahkan pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu daripada beberapa
syarikat rakaman.
"Saya tahu saya ada bakat sehinggakan pernah menerima tawaran untuk merakamkan
lagu daripada beberapa syarikat rakaman namun saya bukan nak jadi penyanyi.
"Lagu-lagu yang saya buat sebelum ini pun hanya hobi sahaja," ujarnya.
Sementara itu, Aliff berkata dia sudah buntu apabila masyarakat sering mencari
kesalahannya sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadapnya.
"Sebenarnya saya tak tahu nak buat macam mana dah. Ada sahaja orang nak kecam
semua tindakan. Saya sendiri tak tahu apa salah saya.
"Kenapalah orang tidak boleh terima saya sebagai seorang artis. Saya sama juga
seperti penyanyi lain. Apa kurangnya?
"Apabila usia semakin mencecah 40 tahun ini ada ketika rasa rindu nak
tunjukkan bakat. Tambahan pula ramai juga yang memuji membuatkan saya rasa
seronok nak menyanyi," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aliff turut menjelaskan mengenai isu kononnya dia
menipu orang ramai dengan mengakui mengalami masalah mental seperti dalam
video permohonan maaf sebelum ini.
Jelas Aliff, sebelum ini dia memang pernah mengambil ubat-ubatan tetapi
mengalami kesan sampingan kesihatan mental dan mengambil keputusan untuk
berhenti mengambil pil berkenaan.
Akuinya, dia kini 100 peratus normal dan berada dalam keadaan waras dan
tindakannya memuat naik gambar pil itu kerana tertekan.
"Saya normal dan waras, ketika buat video mohon maaf itu saya nak cepat apatah
lagi saya dalam keadaan tertekan kerana dimarahi ibu dan isteri ekoran video
saya sudah tular dan mendapat kecaman netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:
- “Macam pelakon lucah!” – Netizen kecam aksi ghairah Aliff Syukri & Baby Shima
- Tarian itu satu senaman, kata Baby Shima selepas tular aksi ghairah
- Aliff Syukri mengaku sakit mental, menangis minta maaf, umum akan tinggalkan media sosial
- Aliff Syukri kantoi tipu alami sakit mental, guna gambar pil lama milik orang lain
- Diperlakukan seperti lembu oleh Aliff Syukri, Kak Long 7E tampil luahkan segalanya
- Tak jadi undur diri, Aliff Syukri kembali video menari dengan batang mop
- ”Maaf suara saya terlalu sedap untuk disimpan” – Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima
- “Mesti ramai like daripada unlike” – Baby Shima yakin MV bersama Aliff Syukri bakal disukai ramai
- “Trending di Youtube, terimalah hakikat saya penyanyi no. 1” – Aliff Syukri
Join our Telegram Channel