KUALA LUMPUR – Perkongsian surat yang ditulis oleh Datuk Seri Najib Razak kepada keluarga dan anak cucunya mendapat reaksi lebih 232,000 pengguna.
Hantaran itu turut mengundang 33,000 komen dan 14,000 perkongsian.
Kandungan surat itu dikongsikan oleh keluarga bekas Perdana Menteri itu di Facebook beliau pada pukul 11.03 hari Selasa lalu, beberapa jam selepas Najib dibawa ke Penjara Kajang.
Ramai yang berterima kasih atas dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Najib.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Klinik 1Malaysia yang hanya mengenakan bayaran RM1 dan sokongan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara yang sangat dihargai.
“Come back stronger Bossku. I will wait for you. My support is always there for you (Kembali dengan lebih kuat Bossku. Saya menanti anda. Sokongan saya tak pernah pudar),” kata Sujita Soorian.
“Walaupun kalah di mahkamah tapi DSNR menang di hati. Segala jasa dan kebaikan yang Datuk Seri lakukan tidak akan dilupakan. Semoga dipermudahkan segala urusan DSNR. Hanya kepada Allah kita berserah. Amin,” doa Misriah Yahaya.
“Terima kasih atas jasa DS Najib Razak yang saya sempat merasa, BRIM, diskaun PTPTN 20 peratus, yuran sekolah dimansuhkan, Klinik 1Malaysia yang perlu dibayar RM1 sahaja, baucar buku untuk pelajar IPT yang ni saya sempat merasa tiga kali dan lain-lain,” Mohammad Muzani.
“Moga dipermudahkan segala urusan datuk seri, moga Tuhan hadiahkan kebaikan buat datuk seri serta keluarga. Ujian tanda Tuhan sayang. Manusia itu ibarat ikan, segemuk apapun pasti punya tulang, sekurus apapun pasti punya daging, Sebaik apapun pasti punya kesalahan, Seburuk apapun pasti punya kebaikan,” doa Adrian Edy.
“Terima kasih atas jasa DSN kepada saya khususnya. Melalui pentadbiran Datuk, saya terima baucer buku, Kad Siswa 1Malaysia, Kad Pelajar KTM, BR1M, pengangkutan awam MRT dan banyak lagi. Semoga jasa datuk dibalas, dan semoga kelemahan datuk diampuni,” kata Anis Sina.
“Saya ucapkan terima kasih beri idea yang bijak beri pengeluaran KWSP masa rakyat susah Covid. Rakyat Malaysia terhutang budi,” kata Aliff Imran.
“Semoga lepas PRU datuk boleh dibebaskan dan dapat pengampunan daripada Agong. Harap-harap ada pelangi selepas hujan, masih ramai lagi penyokong datuk, rakyat tak lupa jasa dan bakti datuk,” menurut Adzimah Harun Adzi.
“Saya bukan penyokong DSNR tetapi saya tahu banyak jasa DSNJ untuk rakyat Malaysia terutama untuk golongan B40 semoga tabah menghadapi ujian,” tulis En. Khairozi.
“Hingga akhir perjuangan Najib tak pernah merayu kepada sesiapa untuk gugurkan kesnya. Najib tidak pernah rayu kepada rakyat untuk penuhi dijalan raya untuk mengamuk kerananya. Najib tak pernah menggunakan kelebihannya untuk mengadap Agong untuk gugurkan kesnya. Najib tidak pernah menghasut sesiapa untuk bermatian-matian memperjuangkan nasibnya malah Najib tak pernah ambil kesempatan mempergunakan penyokong untuk menjadi benteng terakhir menyelamatkan dirinya,” kata Mohd. Fadzil.
“Ya Allah. Kau lindungilah Datuk Seri Najib. Rahmatilah beliau. Berikan kekuatan kepada dirinya untuk menghadapi ujian dariMu. Hanya padaMu kami berserah. Hanya padaMu kami memohon pertolongan. Aamin Ya Rabbal Alaminn,” doa Iqbal Khalid.
Dalam surat terakhir itu, Najib meninggalkan pesanan buat keluarga terutama anak-anak dan cucu-cucunya.
“My family. My love. Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.
“Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.
“Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan,” antara ayat yang ditulis Najib dalam surat tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib mencerminkan kegagalan institusi kita – Zaid Ibrahim
- [Video] Najib tiba di mahkamah bagi kes 1MDB
- Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baru – Yana
- Terlalu banyak kebaikan Najib untuk saya ceritakan – Fizo
- Walaupun kalah di mahkamah tapi menang di hati, jasa Najib tidak dilupakan, hantaran terakhir FB Najib terima lebih 232,000 reaksi
- ‘Bossku’ kekal di Penjara Kajang, kata pegawai khas
- Alhamdulillah Najib sihat, kata Rosmah
Join our Telegram Channel