Nabeel nak mintak tolong abang kakak semua….
Jom kita report beramai-ramai doktor biadap terhadap DSN ni.
Copy paste je skima laporan terhadap KKM yang abang Fadly Bahktiar buat ni. 👍🏼
Tepek sekali gambar-gambar penghinaan dia tu sebagai bukti.
Link aduan:
https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Harap ahli keluarga DSN ambil tindakan terhadap mamat celaka ni.
Bahaya kalau betul ada doktor yang benci DSN jaga DSN di HKL.
Entah apa racun dia bagi nanti. 🤦🏼♂️
*********************
Pada 13 September 2022, saya terbaca sebuah ciapan Twitter pada link:
https://twitter.com/AzriAizat22/status/1569478407712550912?t=HbJG4r6E6MLJWL15brRJXA&s=19&fbclid=IwAR3YDxSqQLFvLibZmtkja0WpNV_eiGzG6csTZC7CK9s6eKIU6iCkUdMTP_4
Akaun itu dimiliki seorang pegawai perubatan kontrak bernama
MOHAMMAD AZRI AIZAT BIN RUHAIZAN.
No pendaftaran: 97091
Menurut rekod pendaftaran MMC, pegawai ini adalah pegawai perubatan kontrak
bertugas di HKL.
Beliau telah berkongsi status anak Datuk Sri Najib Razak yang sedang
memaklumkan kepada rakyat tentang perkembangan ayahandanya yang sedang dirawat
di HKL.
Pegawai ini telah dengan biadap menggunakan kata-kata kesat dan menghina yang
cukup melampau berbunyi seperti berikut:
“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal
anjing.”
Twitt dari pegawai ini telah menjadi tular dengan mencapai lebih 4 ribu likes
dan 3 ribu retweets.
Ia membayangkan pesakit dan keluarga menipu dan telah menyebabkan hentaman
teruk terhadap DS Najib dan ahli keluarga beliau.
Perbuatan pegawai ini adalah amat biadap dan tidak profesional langsung serta
membayangkan kebencian dan dendam kesumat ke atas DS Najib yang merupakan
seorang bekas Perdana Menteri Malaysia.
Kami menuntut agar tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai perubatan
kontrak ini kerana telah melakukan kesalahan -kesalahan berikut.
1. Mencemarkan imej penjawat awam.
2. Mengeluarkan kenyataan berkenaan pesakit dan ahli keluarga mereka di media
sosial.
3. Menghina ahli keluarga pesakit dengan bahasa kesat.
4. Mendedahkan maklumat kerahsiaan pesakit.
5. Biadap seperti binatang terhadap keluarga seorang bekas pemimpin negara
yang berada dalam tahanan.
Ianya menyalahi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.
Kami menuntut agar Jabatan Perkhidmatan Awam dan KKM mengambil tindakan
tatertib tegas ke atas pegawai ini termasuk ditamatkan kontrak dan dibuang
kerja.
Pegawai ini juga wajar menuntut maaf secara terbuka kepada ahli keluarga DS
Najib kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Antara bahasa kesat doktor HKL di akaun twitternya. |
ARTIKEL BERKAITAN:
- Jabatan Penjara respon ‘Najib dapat bilik VIP perabot IKEA’
- Najib dimasukkan ke HKL – Sumber
- Alhamdulillah ayahanda sihat dan selamat – Nizar Najib
- Najib masuk hospital akibat sakit perut – Yana
- “Najib diberi rumah dalam kawasan penjara”, ini respon penjara Kajang
- ‘Makanan Najib sama seperti banduan lain, mandi air sejuk, badan susut’
- Keadaan Najib agak teruk, terpaksa dikejarkan ke hospital jam 2 petang
- Ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar menyebabkan kesan teruk
- Yana rayu PM Ismail Sabri benarkan Najib terima rawatan sewajarnya
- PM arah KKM beri rawatan kesihatan terbaik pada Najib
- Najib mungkin dipindah ke IJN
- Najib stabil, tak perlu dipindahkan ke IJN - KJ
- HKL beri ubat generik kepada Najib – KJ
- ‘Ubatan generik tak berkesan turunkan tekanan darah Najib’
- Najib boleh guna ubat sendiri jika tak mahu ubat KKM
- ‘Najib tidak ceria seperti sebelum ini’ – Shafee
- ‘Aku sendiri cek darah bapak kau normal anjing’ – Doktor HKL maki anak Najib tular
- KKM digesa pecat doktor HKL maki Yana Najib anjing
- Penjara sahkan Najib kini di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Tiada layanan istimewa buat Najib, kata KJ
- KJ arah HKL siasat kes doktor dedah kerahsiaan dan hina Najib di Twitter
Join our Telegram Channel