PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) sudah menutup pintu kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM) susulan menimbulkan komplikasi hubungan parti itu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil, berkata akan bergerak solo tanpa PBM.
Katanya, adalah sukar bagi BN membenarkan PBM masuk sebagai ahli komponen memandangkan seorang daripada Ahli Parlimen parti berkenaan dari Julau.
“Jika kita bekerjasama dengan Ahli Parlimen PBM dari Julai, kita akan berdepan dengan GPS di kawasan terbabit. Apa akan berlaku kepada kita dengan GPS? Jadi, kesimpulannya, kita akan bergerak solo,” katanya merujuk kepada Larry Sng.
Beliau berkata demikian dalam sesi perjumpaan bersama penduduk Subang Jaya, malam tadi.
Pada Julai, PBM memohon menyertai BN, namun tidak menerima sebarang respon daripada gabungan itu.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, sebelum ini berkata konsensus komponen parti diperlukan untuk menerima permohonan kemasukan PBM.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zuraida dilantik sebagai bakal presiden PBM
- Zuraida sahkan PBM mohon join BN belum beri jawapan
- Muktamat, BN tak akan bekerjasama dengan PBM
Join our Telegram Channel