Polis telah merekodkan kenyataan empat individu berhubung dakwaan pelakon
kanak-kanak dirogol bapanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan
berkata, kenyataan telah direkodkan daripada mangsa, ibu mangsa, pegawai
perubatan dan individu yang terlibat dalam saluran YouTube Bros Gang.
Wan Azlan berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan tidak lama lagi dan
diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
Seorang pelakon kanak-kanak dalam temu bual di Youtube minggu lalu mendakwa
dia berulang kali didera secara seksual oleh bapanya.
Menurut kenyataan Wan Azlan sebelum ini, pelakon kanak-kanak itu mendakwa
penderaan itu berlaku antara 2013 dan 2017 - ketika dia berusia seawal enam
tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Diraba, disuruh tonton video lucah, Puteri Balqis dedah perangai jijik bapa siap onani depan-depan
- Bapa Puteri Balqis ditahan dakwaan gangguan seksual
- Tawaran berlakon ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan berikutan pendedahan berani dicabul bapa
- Cabul Puteri Balqis: Polis rakam kenyataan 4 individu
- Selepas gangguan seksual, bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan pukul pula
Join our Telegram Channel