“Dah dari belakang memanglah nampak punggung, takkan nampak hidung pula?” – Janna Nick



Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video (scroll bawah sekali) memaparkan pelakon dan pengacara Janna Nick yang sedang menolak belakang namun menimbulkan reaksi negatif daripada netizen. 

Ia berikutan video yang diambil itu dikatakan menampakkan bentuk punggugnya sehingga mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki.


Menerusi perkongsian di Insta Story, Janna terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang sengaja menggunakan tajuk panas serta membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya.

Dalam entri lain, Janna menjelaskan dia tidak ‘menayang’ punggung sebaliknya dia berpaling ke belakang kerana dipanggil peminat ketika itu.

“Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Jadi, saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya.


“Bukan menayang ‘buntut’. Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Janna turut bersimpati dengan nasib wanita yang sering menjadi mangsa lelaki miang dan sering dijadikan simbol seksual.

“Kesian jadi perempuan, semua benda nak di jadikan segggs simbol. Kalau dah kambing pun kena rog*l. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu,” tulisnya. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:







Join our Telegram Channel
Telegram