TUMPAT – Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan wanita itu dibawa ke Thailand.
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dakwaan tersebut berasas selepas kereta yang digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemui berhampiran kawasan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini.
“Tiada sebarang maklumat terbaru yang diterima oleh kami sebagai ahli keluarga.
“Saya berharap semua dapat mendoakan keselamatan Rosnazirah agar dia dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.
Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu di sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tular rakaman CCTV ejen kosmetik dilarikan tiga lelaki bersenjata
- ‘Kami tak terima sebarang panggilan minta tebusan’
- Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam
- Perselisihan sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik
- Menantu pernah seludup rokok, tak sangka terbabit dadah
- Polis Thailand lancar operasi besar-besaran kesan ejen kosmetik diculik dari Kelantan
- Ejen kosmetik diculik ke Thailand berjaya diselamatkan
Please subscribe
Join our Telegram Channel