Isteri enggan layan kehendak seks, lelaki tergamak lepaskan nafsu rogol adik ipar dan adik sendiri



Seorang lelaki tergamak merogol adik kandung dan adik iparnya sendiri gara-gara isterinya dilaporkan menolak permintaan untuk lakukan hubungan intim bersamanya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Situbondo, AKP Dhedi Ardi Putra berkata, kejadian tersebut berlaku apabila isterinya menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seksual bersama.

“Pengakuannya menyatakan bahawa suspek meminta untuk melakukan hubungan intim bersama isterinya namun tidak dilayan. Kemudian dia melepaskan nafsunya kepada adik ipar dan adiknya sendiri,” jelas Dhedi, Selasa ( 6/9/2022).


Dilaporkan, isterinya menolak permintaannya dengan alasan suspek belum memberikan nafkah sebanyak Rp 100 ribu (RM30) sehari pada hari tersebut.

Disebabkan perkara itu, suspek bertindak nekad merogol adik kandung dan adik iparnya yang masih lagi bersekolah di peringkat menengah rendah.

“Kami segera menahan suspek bersama sejumlah barang bukti,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Situbondo AKP Dhedi Ardi Putra, Selasa (6/9/2022).

Tambah Dhedi Ardi, penduduk sekitar yang berang terhadap tindakan suspek itu telah bersedia untuk menghukum mangsa, namun tidak berkesempatan kerana kehadiran pihak polis yang kemudiannya segera menahan suspek. – Detik Jatim



Join our Telegram Channel
Telegram