Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan kes
membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, telah selesai.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya menunggu arahan selanjutnya,
yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya.
“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami (SPRM) telah selesaikan kertas siasatan
dan ia (kertas siasatan) berada dengan SPRM...untuk arahan selanjutnya oleh
AG.
“Seperti mana saya sebut dahulu, setakat ini saya juga belum dapat mengumumkan
apa-apa arahan daripada AG. Buat masa ini, saya
‘reserve my comment’ dalam siasatan ini dan enggan mengulas lanjut,”
beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna
Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Pada 21 Ogos lalu, Peguam Negara Idrus Harun dilaporkan berkata, kertas
siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan tidak berada dengan AG.
SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan
laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin
mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam
akaunnya.
Sementara itu, Azam berkata enam individu lagi termasuk pengarah syarikat,
pengerusi pertubuhan, pegawai pentadbir syarikat dan setiausaha pertubuhan,
dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi
Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Beliau berkata siasatan kes itu telah selesai dan sehingga kini sebanyak 33
kertas siasatan sudah dibuka, dengan lapan individu telah dituduh di mahkamah
berhubung kes tersebut.
“Bagi yang belum dituduh kita jangka Jabatan Peguam Negara akan bersetuju
untuk tuduh seramai enam orang lagi,” katanya.
Sementara itu Azam berkata pihaknya bersedia membantu parti politik membuat
pemeriksaan dan saringan terhadap calon-calon yang akan bertanding pada
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau berkata walaupun tiada undang-undang atau dasar untuk memaksa agensi
itu membuat saringan terhadap calon PRU15, namun mereka akan cuba membantu
parti politik berbuat demikian.
“Saya percaya jabatan lain juga sedang menjalankan tapisan yang diperlukan
oleh parti politik. Jadi, dalam kes SPRM, kami bersedia untuk membuat
pemeriksaan dari segi rasuah, jika perlu,” katanya. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Nama Hakim Nazlan, Tengku Zafrul muncul dalam dokumen 1MDB dan 8.5 billion saham Tanjung Energy Group
- Hakim Nazlan telah hilang kelayakan dalam perbicaraan Najib, dakwa Shafee Abdullah
- Hakim Nazlan hilang kelayakan, kes Najib akan dibicarakan semula
- Saya tak terkejut jika Nazlan pernah jumpa Jho Low – Shafee Abdullah
- PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul lagi dalam dokumen 1MDB, terlibat dalam cadangan penubuhan SRC
- PANAS: Tular isu Nazlan sedang disiasat kerana terima RM 1 juta dari Jho Low
- Raja Petra dedah polis selesai siasat Nazlan, buka semula siasatan tersebut
- TERKINI: SPRM siasat Hakim Nazlan
- Isu RM 1 juta dalam akaun Nazlan, Najib berhak dibicarakan semula hakim lain
- PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul dalam dokumen Maybank, termasuk salah seorang yang menubuhkan SRC
- Kami ada kuasa siasat pegawai awam, termasuk hakim, kata SPRM
- Tular gaji+elaun Hakim Mahkamah Tinggi lebih RM45 ribu, tol minyak percuma, cuti luar negara, netizen tanya berapa pula gaji+elaun Hakim Nazlan di Mahkamah Rayuan
- Najib mohon batal sabitan kes SRC, Hakim Nazlan ada konflik kepentingan
- PANAS: Lagi bukti Nazlan terlibat skandal 1MDB
- SPRM perlu sah atau nafikan laporan kertas siasatan terhadap Nazlan
- ‘Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan tidak berada dengan AGC’
- Siasatan kes hakim Nazlan: SPRM, AGC perlu beritahu perkara benar, kata Zaid
- Kenapa AG tak dakwa Hakim Nazlan masih misteri – Puad
- “Dedah segera hasil siasatan terhadap Nazlan”, kata bekas Hakim Mah Weng Kwai
- Kertas siasatan Hakim Nazlan berada di tangan SPRM semula
- Kertas siasatan hakim Nazlan selesai, tunggu arahan AG – Azam Baki
Join our Telegram Channel