Kes amang seksual remaja lelaki, nama PU Azman dipetik netizen



Semalam, kecoh di media sosial mengenai selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Malah, selebriti popular itu dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi kelmarin dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pun begitu, tular beberapa ‘hint’ berkaitan selebriti lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut sehingga menarik perhatian ramai.


Menurut perkongsian tular di laman Twitter, suspek tersebut adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang sering membawa watak memberi nasihat.

Selain itu, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan pernah memenangan program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya selama ini.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mendakwa selebriti yang hangat menjadi bualan ramai tersebut ialah individu  bergelar Pencetus Ummah (PU).


Tinjauan di laman Instagram selebriti tersebut, jelas kelihatan ramai warganet mula ‘berkampung’ di ruangan komen bagi mengetahui kebenaran sebenar sama ada dia benar-benar suspek diperkatakan atau pun tidak.

Sehingga kini belum ada butiran lanjut berhubung kejadian tersebut dan kami akan mengemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kenyataan terbaharu.

Diharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang andaian dan spekulasi selagi tiada kebenaran dan kesahihan. – Ohmymedia




Dia je ada ciri2 tu…




Pacak khemah dulu kat sini…



Betul ke dia? Takkanlah…





Join our Telegram Channel
Telegram