MELAKA – Nafsu syaitan seorang lelaki beristeri dua yang tergamak merogol dua
anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu akhirnya terbongkar apabila diberkas
polis dua minggu lalu.
Lebih menjijikkan, perbuatan lelaki berusia 50-an itu dilihat sendiri isteri
keduanya yang kebetulan memasuki bilik tidur anak keduanya berusia 15 tahun di
Batu Berendam, di sini, pada 5 September lalu.
Menurutnya, suspek yang terkejut apabila disergah isterinya itu kemudian
bertindak mengambil pisau sebelum mengugut untuk membunuh wanita terbabit,
dirinya serta anak ketiganya berusia sembilan tahun jika kejadian itu
dilaporkan kepada polis.
“Wanita terbabit kemudian menghubungi anak sulungnya berusia 19 tahun yang
belajar di Selangor yang juga menjadi mangsa hamba seks suaminya untuk
menceritakan kejadian pada 7 September lalu.
“Isteri suspek kemudian membuat satu laporan polis di Balai Aeropolis Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 September lalu selepas mendapat tahu
anak sulungnya itu telah dirogol dari 2015 sehingga 2019,” katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Susulan laporan itu, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama
14 hari bermula 10 hingga 23 September bagi melengkapkan siasatan mengikut
Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Tambahnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai merogol anak keduanya
itu sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 September lalu.
“Sepanjang tempoh berkenaan, kedua-dua mangsa hanya mendiamkan diri kerana
bimbang ibu akan diceraikan bapanya menyebabkan mereka hilang tempat
bergantung.
“Siasatan juga mendapati remaja berusia 15 tahun itu dirogol antara lima dan
lapan kali setiap bulan sejak 2019 manakala anak sulungnya pula dipaksa
melayan nafsu seks bapa kandungnya sejak berusia 12 hingga 16 tahun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi
mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam
siasatan.
Difahamkan, tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok di bawah
Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tidak kurang
lapan tahun sehingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan
jika disabit kesalahan. – MG
ARTIKEL BERKAITAN:
- Bapa rogol, seks luar tabii, cabul anak kandung umur 24 tahun dalam lori
- Lelaki beristeri 2 ratah 2 anak kandung sejak 7 tahun
- Bapa rogol anak kandung dipenjara 50 tahun, 8 sebatan
- Ayah masuk bilik tengah malam rogol anak 15 tahun
- Askar rogol anak kandung umur16 tahun, dipenjara 18 tahun 34 sebatan
- Bapa iblis liwat anak perempuan 4 tahun
- Lelaki beristeri 2 ratah 2 anak kandung sejak 7 tahun
- Lelaki isteri 2 mengaku 28 pertuduhan seks terhadap dua anak
- Lelaki 2 isteri rogol 2 anak dipenjara 428 tahun, 240 sebatan
- Ibu rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Lelaki rakam adegan amang seksual ibu, anak lelaki ditahan
- Ibu didakwa laku amang seksual terhadap 2 anak lelaki
- Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 28 tahun, 13 sebatan
- Bapa rogol anak 19 tahun dihukum penjara 54 tahun, 25 sebatan
Join our Telegram Channel