PETALING JAYA: Menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum dan terbuka menentang Barisan Nasional (BN) di Melaka dan Johor, menjadi dua petunjuk jelas kenyataan PAS berhubung ‘rundingan gelap’ bersama Umno hanya sekadar “wayang”.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata PAS tidak pernah serius untuk bersama parti itu, selain kekal memilih musuh, Bersatu, yang dianggap ditubuh untuk “membunuh” Umno.
“Sebenarnya apakah PAS serius untuk bersama Umno atau hanya sekadar wayang. PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor bukti PAS tak pernah serius untuk bersama Umno dan memilih bersama musuh Umno, Bersatu untuk ‘bunuh’ Umno.
“PAS kelihatan langsung tak cuba memahami perasaan orang Umno yang ditikam berkali-kali oleh Bersatu dan masih ingin memaksa Umno menerima Bersatu,” katanya kepada FMT.
Ahmad Shabery berkata, timbul kesukaran mempercayai PAS mahu bekerjasama dengan Umno apabila mendakwa parti itu mengistiharkan mereka mahu Muhyiddin sebagai perdana menteri, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bukannya Ismail Sabri Yaakob.
“PAS sudah mengistiharkan calon perdana menteri mereka selepas PRU15 iaitu Muhyiddin, sekali gus menolak Ismail sebagai perdana menteri sekarang.
“Tidak pasti dengan siapa PAS berunding dalam gelap, mungkin di kalangan yang menjadi jurucakap Bersatu dan mahukan Muhyididn kembali menjadi PM,” katanya.
Hari ini, FMT melaporkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH).
Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muktamad! PAS tanding #PRU15 melalui PN
- #PRU15: PN menang Muhyiddin PM
- Kalau Zahid tak mewakili UMNO maknanya Hadi pun tak mewakili PAS la… – Isham Jalil
- Tak tahulah Hadi runding dengan siapa – Tok Mat
- UMNO gerak solo sebab PAS mandi banyak kolam – Zahid
- Tolak kerjasama dengan PAS bukan keputusan Zahid seorang - Saarani
- PAS sahkan ada perbincangan pintu belakang dengan pemimpin tertinggi UMNO
- Kalau ikhlas, Pas ajak sajalah Amanah, Umno tegas gerak solo
- PAS wayang, konon runding dengan UMNO tapi calonkan Muhyiddin jadi PM, kata Ahmad Shabery
- RUNDINGAN GELAP: Muhyiddin tuntut penjelasan PAS
- Nur Jazlan cabar Hadi, Takiyuddin dedah nama pemimpin UMNO runding dengan PAS
- Rundingan ‘sendiri-sendiri’ antara UMNO-PaAS tidak sah – PM
- Tinggalkan Bersatu jika nak kerjasama UMNO-PAS – Isham
- PAS tetap anggap Umno rakan ta'wun demi bina negara diredai tuhan
- PAS takkan berani kerjasama dengan Umno, kata pemimpin Bersatu
Join our Telegram Channel