Kalau sebut Sammy Vellu..
Barangkali generasi Z, generasi Tiktok dan mungkin juga generasi Twitter tak
kenal siapa sosok ni.
Dan kalau tanya generasi boomers dan millenial facebook pula..
Yang mungkin lekat di kepala adalah sekadar sosok meme dengan audio,
"Ini semua kerja gila, banyak orang sudah gila masuk hospital Tanjung Rambutan
atau Tampoi.."
Tapi dalam lipatan sejarah, beliau adalah dari kalangan kaum MUDA pasca
merdeka yang prominen di zaman Tunku Abdul Rahman.
Settingnya, tahun 1963,
Malaya isytihar nak bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dan
dipanggil Malaysia.
Bila?
31 Ogos 1963.
Bila announce je, kecoh Asia Tenggara.
Indonesia dan Filipina buat teruk mengadu dekat PBB bahawa penubuhan Malaysia
tak selari dengan prinsip "national self-determination".
Kononnya new colonization, tangan illuminati British. Depa tuduh tinjauan
Suruhanjaya Cobbold tipu. Fake news kata mereka.
Maka delay lah penubuhan Malaysia, tak jadi 31 Ogos 1963. Kalau tak tak
bergaduhlah kita tiap tiap tahun kenapa Sabah Sarawak nak sambut merdeka 31
Ogos...
Masuk bulan September 1963, 14 haribulan
SU Agung PBB, U Thant (tulah asal nama Jalan U Thant kata penubuhan Malaysia
fulfilled prinsip self-determination..
Maka Malaya dapat greenlight tubuh 16 September 1963 gabung dengan Singapura,
Sabah dan Sarawak jadi Malaysia.
Kanan, Khalid Yunus, kiri, Samy Vellu. |
Dengar je camtu..
Apalagi Indonesia dan Filipina masih merentan, mengamoklah rakyat Indonesia
bakar kedutaan Malaya di Medan.
Bila dengar kedutaan kita kena bakar, rakyat kita react pergi pulak kedutaan
Indonesia di Malaya. Mana boleh depa ja nak tunjuk garang.
Dan dalam ramai-ramai anak muda masa tu, yang menarik perhatian adalah Khalid
Yunus dan Samy Vellu.
Khalid Yunus dengan Samy Vellu masa tu baru umur 20 dan 27 tahun..depa panjat
kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia.
Dan paling legend, haritu adalah bila Khalid Yunus yang awalnya datang sebagai
pemberita Utusan Melayu untuk buat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut.
Tapi dengan dia sekali pun naik sheikh.. dari reporter join jadi
penunjuk perasaan terus.😂
Maka jadilah gambar ikonik seperti diatas, Khalid Yunus dan Samy Vellu caught
in photo menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan ganti
bendera Malaysia, kibar kibar.
Kau tau apa depa buat apa lepas tu?
Depa heret bendera tu naik skuter dari Jln Ampang sampai rumah Tunku Abdul
Rahman kat Jln Dato' Onn.
Bila sampai rumah Tunku depa suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tanak,
diorang paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera pancasila tu...
Tapi Tunku being Tunku, dia tak nak pijak pancasila.
Bila Tunku tak nak pijak, kau tau apa depa buat? depa dukung Tunku letak terus
atas bendera tu..Hahaha.
Khalid Yunus kata time tu Tunku sebut,
"awatlah hampa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar.
Dia kata dia nampak air mata Tunku tergenang tetapi dia tak taahu sebabnya
sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yg bertentangan dengan jiwanya atau
kerana terharu dengan semangat anak muda macam dorang.
Lepas tu, memang kecohlah
Keluar paper semua Tunku pijak(duduk) atas PancaSila.
Soekarno apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah
pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan
Ganyang Malaysia.
The rest is history lah. korang pun tau apa jadi.
Dan harini 15/9/2022,
Genap 59 selepas gambar ikonik di atas dan sehari sebelum Hari Malaysia esok..
Samy Vellu yang dah dapat gelaran Tun Samy Vellu pun dah pergi meninggalkan
kita.
Dari geng anak muda tukang panjat cabut bendera naik ke puncak kuasa, suka
duka perjuangan yang penuh 'cerita'.
Menunjukkan bahawa sosok tua dalam politik pun bermula juga sebagai anak MUDA
dalam lipatan sejarah, jadi jangan ditinggalkan, dipandang rendah impak
mereka.
Apapun Salam Takziah kepada keluarga mendiang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Please subscribe
Please subscribe
Join our Telegram Channel