PETALING JAYA: Seorang selebriti lelaki ditahan polis semalam bagi membantu
siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, mengesahkan penahanan suspek yang
berusia lingkungan 40-an, menurut Harian Metro.
Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang
mendakwa menjadi mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Klang Selatan.
Semua remaja terbabit dikenali suspek yang dipercayai menggunakan kaedah
memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis.
Suspek dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan reman selama enam
hari.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Selebriti ditahan dakwaan amang seksual remaja
- Mangsa amang seksual kenal suspek melalui program motivasi
- Kes amang seksual remaja lelaki, nama PU Azman dipetik netizen
- Enam laporan polis ke atas pendakwah selebriti
- Polis N Sembilan terima 2 laporan kes pendakwah selebriti amang seksual remaja
- PU Azman tidak muncul program setiap jumaat di Suria FM
- PU Azman muncul selepas sebulan ‘hilang’, makin cengkung
- PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki (7 gambar)
Join our Telegram Channel