KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika tidak diberikan kawasan.
“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan,” katanya dalam sidang media.
“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.
“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” katanya yang memenangi kerusi Parlimen Rembau sejak 2008.
Semalam, Mohamad dilaporkan berkata: “Memandangkan saya timbalan presiden Umno, saya juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.”
Timbalan pengerusi Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Rantau sejak 2004 itu, bagaimanapun tidak menyatakan kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- KJ tak bertanding di Rembau, bagi laluan pada Tok Mat
- Senario terburuk, saya tak tanding PRU15, kata Khairy
- Tanding Seremban? DAP kata 'tak gentar', Pemuda alukan KJ
- UMNO Tampin tak nak KJ, mahu anak tempatan jadi calon MP
- “Saya tak pernah kata tanding Parlimen Rembau” – Tok Mat
- ‘I speak the truth’, KJ jawab Tok Mat
- KJ bakal tanding Parlimen Alor Setar kerusi trasidi MCA
Join our Telegram Channel