KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata, status Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan berakhir esok.
Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini.
“Status akan berakhir esok,” katanya selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.
Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, Najib akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.
Katanya, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel