Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Saarani Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pandangan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang menolak kerjasama dengan PAS tidak mewakili keseluruhan kepimpinan parti.
Bercakap kepada pemberita di Gerik, Perak malam tadi, Saarani berkata Ahmad Zahid tidak pernah membuat keputusan secara sendirian, sebaliknya ia dilakukan selepas melalui beberapa peringkat perjumpaan dengan pimpinan parti.
"Mengikut pengalaman saya, katalah kalau sebelah malam nanti Umno hendak membuat mesyuarat MKT, maka sebelum mesyuarat itu akan ada satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik Umno.
"Mesyuarat jawatankuasa itu akan dihadiri Presiden; Timbalan Presiden; tiga Naib Presiden; Ketua Wanita, Pemuda, dan Puteri; Ketua Penerangan serta Bendahari, selain semua Pengerusi Perhubungan termasuk saya.
"Jadi, saya hendak menafikan kalau ada orang kata kenyataan Ahmad Zahid itu hanya pendapatnya sebagai presiden semata-mata, kerana apa yang disebutkan itu adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Biro Politik dan 'endorse' oleh MKT," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Semalam Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata rundingan dengan Umno masih berjalan, namun tidak melibatkan Ahmad Zahid.
Abdul Hadi berkata, pendirian Ahmad Zahid yang menolak kerjasama dengan PAS tidak mewakili pandangan Umno keseluruhannya.
PAS sebelum ini menyatakan hasrat bekerjasama dengan Umno dan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang merupakan seteru politik antara satu sama lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muktamad! PAS tanding #PRU15 melalui PN
- Sanusi: ‘Warna biru PN banyak orang PAS alergik’
- Kalau Zahid tak mewakili UMNO maknanya Hadi pun tak mewakili PAS la… – Isham Jalil
- Tak tahulah Hadi runding dengan siapa – Tok Mat
- UMNO gerak solo sebab PAS mandi banyak kolam – Zahid
- Kantoi bohong, Umno Kedah nafi dijemput ke muktamar PAS
- Tolak kerjasama dengan PAS bukan keputusan Zahid seorang - Saarani
- PAS sahkan ada perbincangan pintu belakang dengan pemimpin tertinggi UMNO
Join our Telegram Channel