Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak akan dirujuk ke Hospital Kajang petang
ini berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk
ke atas bekas Perdana Menteri itu.
BH Online melaporkan perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk
Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion
milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi,
hari ini.
Sri Ram berkata, keadaan Najib dilaporkan agak teruk.
"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi
tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.
"Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini
sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke
hospital pada jam 2 petang ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Jabatan Penjara respon ‘Najib dapat bilik VIP perabot IKEA’
- Najib dimasukkan ke HKL – Sumber
- Alhamdulillah ayahanda sihat dan selamat – Nizar Najib
- Najib masuk hospital akibat sakit perut – Yana
- “Najib diberi rumah dalam kawasan penjara”, ini respon penjara Kajang
- ‘Makanan Najib sama seperti banduan lain, mandi air sejuk, badan susut’
- Keadaan Najib agak teruk, terpaksa dikejarkan ke hospital jam 2 petang
- Ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar menyebabkan kesan teruk
- Yana rayu PM Ismail Sabri benarkan Najib terima rawatan sewajarnya
- PM arah KKM beri rawatan kesihatan terbaik pada Najib
- Najib mungkin dipindah ke IJN
- Najib stabil, tak perlu dipindahkan ke IJN - KJ
- HKL beri ubat generik kepada Najib – KJ
- ‘Ubatan generik tak berkesan turunkan tekanan darah Najib’
- Najib boleh guna ubat sendiri jika tak mahu ubat KKM
- ‘Najib tidak ceria seperti sebelum ini’ – Shafee
- ‘Aku sendiri cek darah bapak kau normal anjing’ – Doktor HKL maki anak Najib tular
- KKM digesa pecat doktor HKL maki Yana Najib anjing
- Penjara sahkan Najib kini di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Tiada layanan istimewa buat Najib, kata KJ
- KJ arah HKL siasat kes doktor dedah kerahsiaan dan hina Najib di Twitter
Join our Telegram Channel