PUTRAJAYA – Umat Islam tidak berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam
atau dilarang mengucapkan ‘Rest in Peace’ atau singkatannya
R.I.P.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), perbuatan itu dilarang dan
ia jelas termaktub di dalam nas yang jelas.
Namun, PMWP berkata, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah
bagi orang muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada
orang bukan Islam.
Menurutnya, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang
meninggal dunia adalah dilarang menurut nas.
“Ini kerana konsep keimanan islam dan kenabian tidak menerima pengampunan
orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk
mereka.
“Menurut Syeikh Ahmad al-Sawi pula, jika tujuan doa tersebut untuk mendoakan
agar beliau dikurniakan hidayah Islam atau kebaikan dunia maka ia dibolehkan,”
katanya.
Katanya, apa sahaja ucapan takziah yang sesuai dan baik adalah dibolehkan
kepada orang bukan Islam selagi mana dia tidak memusuhi agama Islam.
“Islam adalah agama yang harmoni dan fleksibel dalam urusan keduniaan terhadap
semua golongan tanpa mengira agama,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel